Pilihan Mersing ← Semua Berita
BANTUAN & KEBAJIKAN

Panggilan Terakhir Penerima BKJ Surirumah DUN Tenggaroh & Endau

FB Media Komuniti Mersing · 22 Jun 2026, 11:57 PM

Panggilan Terakhir Penerima BKJ Surirumah DUN Tenggaroh & Endau
YPKDT Daerah Mersing mengeluarkan panggilan terakhir kepada penerima Bantuan Kasih Johor (BKJ) kategori Surirumah bagi kawasan DUN Tenggaroh dan DUN Endau yang telah disahkan layak tetapi masih belum mengambil bantuan.

Penerima diminta hadir mengikut ketetapan berikut:

Tarikh: 23 Jun 2026 (Selasa)
Tempat: Pejabat YPKDT Daerah Mersing
Masa: 8.30 pagi hingga 4.00 petang

Dokumen diperlukan:
• Salinan IC penerima (3 keping)
• Salinan sijil nikah (2 keping)
• Salinan pendapatan suami (2 keping)
• Bagi wakil: Salinan IC wakil (1 keping)
• Semua dokumen hendaklah dicop pengesahan Ketua Kampung atau Ketua Masyarakat

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pejabat YPKDT Daerah Mersing di talian 07-7997428.
Lihat Sumber Asal ↗
Kongsi berita ini